31/10/2010

Gift from DeeNa..


cakap pasal suka makan, siapa yg xsuka makan an.. so kita makan, makan n makan... haa makanan hari ni special dari one of my egyptian friend... DEENA!!!! thanks a lot.. homemade punya mari.. dtanggung bersih.. hehe.. ni baru je lepas makan my curry ngan nasi dtg plak dis food.. hoho.. sodap.. makanan kat bawah khas dibuat oleh her mummy ntok kitorang satu rumah.. thanks..~


ap nama pown tatau dis food.. tapi ia sejenis manisan.. org2 kat cni memang suka makan manisan..ai.. sume nak manis... ish2.. n tak lupa jugak... diorg suka makan roti... kat bawah ni roti ala2 roti prata la jugak.. agak2 panjang sedepa jgak la.. hoho.. penuh ngan wheat n grain.. dia kasi banyak.. nampaknya esok baru habis pe... haha..=P


apa-apa pun haniey mmg kenyang hari ni... 4 kali makan ooo... haha.. xkesah la.. yg penting epi..=D & thanks deena!!.. ur food is so delicious, yummy2!! n not forget JASAMU DIKENANG... kih3..







30/10/2010

Bahaya ke Winter??

winter is around in corner!! happy tak? happy tak? hehe.. sejuk~ dalam best best sejuk, ada juga yg x best ny~ apa dia? ermmm.....
  • daging or ayam sejuk beku lambat nak cair..
  • kena pakai baju sejuk...
  • nak pegi mandi terketar-ketar.. hoho..
  • bil letrik naik coz pakai heater..=p

tapi x lupa juga, time2 musim sejuk la banyak penyakit merebak especially kat kwsn perlembahan Sg Nil.. ermm.. antaranya:

1. SAKIT KERONGKONG
  • Sources : kuman-kuman virus, bacteria-bakteria dan kulat-kulat parasit yg berterbangan di udara.
  • Mechanism : Kuman-kuman tu akan attack our throat yang mengandungi gegendang suara. ->mengakibatkan kerosakan pada gegendang suara ->rasa sakit, bengkak dan perit kat kerongkong --> permulaan kpd penyakit-penyakit yang lain seperti batuk-batuk, bengkak-bengkak di bahagian mulut, lidah, gusi & selsema.


2 SEMPUT DAN SAKIT DADA

  • Sources : Kuman-kuman virus, bacteria-bakteria n kulat-kulat parasit berterbangan di udara yang aktif time winter.
  • Mechanisms : through breathing dis kind of air.
  • Prevention:
  1. Selalu pastikan semua tingkap sentiasa tertutup sewaktu bakteria-bakteria, kuman-kuman virus mula bergerak aktif.
  2. Memakai pakaian-pakaian yang tebal.
  3. Memastikan tidak di timpa rasa penat.

3. SINUS INFLAMMATION


  • Definition: Radang Inflamasi pada mucous membrane yang melapik sinus. Sinus=rongga-rongga udara yang ada kat tulang-tulang pipi.
  • Causes: akibat serangan pendek yang mungkin akibat dari jangkitan virus di rongga-rongga sinus yang terhasil dari pernafasan yang berlaku sebelum itu.
  • Symptoms: selsema, kepala rasa berdenyut, hidung rasa tersumbat, hingus atau cecair akan mengalir serta sendi-sendi di sekitar muka akan terasa sakit.
  • Effect: hingus kaler kekuningan, sakit kat hidung, nthen kulit kat bahagian mata n pipi jadi merah dan bengkak.
  • Treatment : antibiotik.

4.
RHEUMATISM

Definition: Penyakit yang bersangkut dengan tulang dan sendi-sendi.

Factors:

i) Tak alert terhadap setiap jenis penyakit, effect n cara mencegahnya.

ii) Exposed to extreme and dangerous cold. Udara sejuk yang masuk dalam badan mengakibatkan sendi-sendi n tulang-tulang rasa sengal, sakit-sakit dan ngilu...=(


iii) Tak lap or keringkan kesan air yang mengenai anggota badan especially kat bahagian kepala. Consequently, sakit-sakit kat bahagian kepala, bahagian urat saraf serta bahagian otak


Bahaya dan kesan-kesannya :


i) lead to penyakit rheumatoid.

Apa tu?? actually, penyakit ni berpunca dari rasa tegang n sakit-sakit kat hujung-hujung sendi, Eg, hujung-hujung jari, dua tangan, dua lutut, kaki, siku dan bahu. Condition?? susah nak gerakkan sendi-sendi. Sometimes, penyakit jenis ni, boleh mengenai paru-paru & menutup pembuluh pernafasan-->mengakibatkan salur pernafasan tersumbat serta rasa sakit di bahagian dada.


ii) Rheumatism fever.

Penyakit ni boleh dikesan melalui kajian ‘mikroskop’.

symptom?? darjah kepanasan pada diri pesakit yg berpunca dari ketegangan sendi-sendi & diiringi dengan sakit-sakit dan bengkak-bengkak di sekitarnya hingga susah nak gerak dlm beberapa hari.


iii) Akibat dari kekacauan fikiran??

haaa~~ fikiran kacau... ia juga boleh membawa berlakunya sakit anggota Rheumatism. Kekadang penyakit jenis ini juga berpunca dari pemerahan otak secara extreme n non stop.


HEALTH CARE, PREVENTION AND TREATMENT

  • Menjauhkan diri dari terdedah kepada udara sejuk sekadar yang terdaya.
  • Mengambil ubat-ubatan secara berperaturan.
  • Berjumpa dengan doktor-doktor pakar di dalam mengambil rawatan.
  • Menjauhi tempat-tempat yang sesak.
  • Menjauhi dari ditimpa oleh kuman-kuman berulang-ulang kali.
  • Mengambil aspirin untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan darjah kepanasan.
  • Mengambil rawatan mikroskop cuaca pagi.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia selalu lupa akannya, iaitu kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa.'' renung-renungkan dan selamat beramal..=)

29/10/2010

My Ex-roommate_Wani


We walked,
for a Moment in Time.

You passed through my life that day and left your mark.
You may never pass my way again,
Or you may stay for a lifetime.

No matter what,
I want to say thank you for the impression you made
that will stay with me for eternity.

I enjoyed the walk,
I enjoyed the talk.
I am blessed for that moment in time.




28/10/2010

Khaulah Al-Azwar??

Hari ni haniey ada dgr kisah seorang serikandi Islam dari k.Hidayah.. wah, siapa ek beliau yg hebat tu..?? tertarik dengan kisah beliau.. kisah yg membakar semangat para2 pejuang.. Beliau ialah Khaulah Al-Azwar, seorang srikandi Islam yg berani.. mungkin ini kali pertama Haniey dgr tentang kisah beliau.. sangat hebat dalam bermain pedang dan tombak...

gambar adalah illusi..

Beliau ialah adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

kisah beliau juga ada diceritakan dalam buku Bidadari Syurga. Juga haniey ada mencari2 tntang beliau dari sumber2 lain untuk dikongsi... So, selamat membaca kisah hebat beliau dalam versi copy 'n' paste.. hehe... semoga bermanfaat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Khalid Al Walid panglima perang gagah berani, dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang menghunus pedang di medan jihad, kelihatan kelibat itu tidak gentar, terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan, satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam. Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri. Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu. Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya. Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh,menghunus pedang dan tombak tidak gentar.

"Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu" kata Khalid Al Walid.

Pejuang misteri itu dikepung musuh. Dia terus berperang dan berperang. Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah.

“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya.Mereka menghampiri pejuang misteri itu.

“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.

Pejuang misteri itu tidak menjawab. Dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh.

Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”

“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah.”

Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah, rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi. Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir. Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar. Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui.

“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”

Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu. Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya. Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju ke arah mereka. Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap. Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai . Permintaan itu diterima secara bersyarat.

Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang Dhirar bin Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.

Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.

Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulah pun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”

Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

waahh hebat kan kisah beliau.. =) semoga kita kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran n juga sepanjang perjuangan kita.. menuntut ilmu pown jihad jugak an...~ so, semoga berjaya..!!!!


23/10/2010

My Sweet Day!! =D

SURPRISE!!!!!!!!!! pOOOMM!! oh my goodness!!! haniey xjangka la diorg nak wat surprise.. thank gurlz!!! luv u olls!! yg paling x sangka tu, leh plak nyorokkan kek bawah selimut?! hehe.. siryes tak tahu... haha... amboih, perancangan korang menjadi ek.... hehe..... yukinohanans..~

thank you all for da cake...!!! so beautiful and nyummy nyummy!!



the gift and the flower from u all! bile la korang pegi beli adiah ni..???


the memoir we created together..~ so nice~=D


and also the scene that you all planned for me to be clean it up... =P huhuuhu....


also thanks to friends who wishes me through facebook tooo... !! I'm so happy !! =D


i really appreciated what u all doing... thanks again.. this poem is specially for u!! luv u alll!!!!


(alamak..!! siap haniey nak kemas esokny, masak pown esokny jugak on my birthday... huhu...0.o pape pown, yukinohanans, korang nak makan pe? specially masak kat korang dr besday girl... limited edition.. cepat2 selagi masih ada tawaran.. kih3! )

22/10/2010

Antara Sohun & Bihun. O.0

alamak, pesal liat sangat nak kacau bihun ni? ish, haniey wat salah pape ke? ish jalan je la..!! setelah siap memasak dgn penuh semangatnya~ (pepagi punye sarapan katakan).. dan bihun' tu nampak sedikit cam menarik.. kih2, haniey letakkan bihun' tu kat depan spt biasa untuk dimakan bersama...

haniey nyum2 sikit bihun tu.. tapi masih sedikit kenyal.. mungkin kurang air kowt time masak tu.. persoalan demi persoalan timbul selepas haniey letak bihun tu.. memandangkan ia sikit kenyal, haniey pon putus2kan bihun tu taknak bagi tercekik time makan nanti an..


seorng demi seorng tanya sumber bihun tu dari mna.. plastik merah ke plastik putih.. plastik merah.. haha.. upeny, plastik merah tu sohun.. alamak!!.. dah silap!.. patut rsa lain.. kenyal semacam je.. tapi mmg nampak cam bihun plak selpas masak.. nampak sedap pon sedap..(hehe prasan)

ni gambar bihun yg lebih' je.. yg len da makan

aduh... !! tgk da silap.. terguling2 haniey nyesal.. hoho.. dah la sohun pon ssh nak pat kat cni.. sorry la ye org yg bawa sohun tu.. xpasai2 habis sohun tu..T-T. cam ni merajuk la nak wat bihun lagi.. huhu.. tapi mmg sekali pandang susah nak bezakan antara sohun n bihun.. hhaha.. lenkali jgn wat silap da haniey ye....


21/10/2010

balik daa~

dah hampir satu minggu da haniey meninggalkan tanah air..

mmm.. pengalaman vomitted dalam airplane' satu pengalaman yg baru.. memandangkan cuaca buruk semasa perjalanan membuatkan kapal terbang tu terhuyung hayang (betul ke istilah ni?), kejap rendah kejap atas sampai buat haniey muntah.. huh.. tak tahan.. sabar je la.. T_T


kelas da start, practical pon da start.. nthen jumpa muka2 baru, buku n topik baru, n semestinya akan ada pengalaman yang baru..


pejam celik, pejam celik da masuk tahun dua daa.. macam x percaya yg haniey da habiskan satu tahun mengaji di negeri orang.. kah2.


ermm.. btw, kengkawan jom sesama kita strive lebih lagi untuk taun ini.. jom.. chaiyok!! moga taun ini lebih baik dari taun lepas.. ameen..