28/10/2010

Khaulah Al-Azwar??

Hari ni haniey ada dgr kisah seorang serikandi Islam dari k.Hidayah.. wah, siapa ek beliau yg hebat tu..?? tertarik dengan kisah beliau.. kisah yg membakar semangat para2 pejuang.. Beliau ialah Khaulah Al-Azwar, seorang srikandi Islam yg berani.. mungkin ini kali pertama Haniey dgr tentang kisah beliau.. sangat hebat dalam bermain pedang dan tombak...

gambar adalah illusi..

Beliau ialah adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

kisah beliau juga ada diceritakan dalam buku Bidadari Syurga. Juga haniey ada mencari2 tntang beliau dari sumber2 lain untuk dikongsi... So, selamat membaca kisah hebat beliau dalam versi copy 'n' paste.. hehe... semoga bermanfaat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Khalid Al Walid panglima perang gagah berani, dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang menghunus pedang di medan jihad, kelihatan kelibat itu tidak gentar, terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan, satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam. Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri. Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu. Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya. Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh,menghunus pedang dan tombak tidak gentar.

"Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu" kata Khalid Al Walid.

Pejuang misteri itu dikepung musuh. Dia terus berperang dan berperang. Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah.

“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya.Mereka menghampiri pejuang misteri itu.

“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.

Pejuang misteri itu tidak menjawab. Dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh.

Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”

“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah.”

Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah, rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi. Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir. Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar. Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui.

“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”

Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu. Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya. Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju ke arah mereka. Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap. Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai . Permintaan itu diterima secara bersyarat.

Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang Dhirar bin Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.

Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.

Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulah pun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”

Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

waahh hebat kan kisah beliau.. =) semoga kita kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran n juga sepanjang perjuangan kita.. menuntut ilmu pown jihad jugak an...~ so, semoga berjaya..!!!!