ayah dan mak yg saling mencintai.. ewahhh!!... abg firdaus yg nampak pro giler... k.aina yang jeling menjeling tu.. ehem2.. abg farhan yg bersinar2..haha.. fakhrudin yg cool~~~ fahmi yg rajin sgt wat kerja sampai berpeluh2.. fadzlin yg kiut cam rabbit..
i luv u allll!!
p/s: nampak serabut la plak...=P
okay2... yg bawah ni plak.. tribute to abg firdaus n k.aina... frame gambar yg xseberapa ni... heehehe..
yg hampir satu tahun melangsungkan rumahtangga.... (walaupown xmsuk lagi) xde hadiah la nak kasi kat kamoo berdua..=P papepown semoga kekal hingga ke akhir hayat... kih3..
. _______________ .
okay2, haniey.. ini sudah kerja gila.. dah2 pegi study nuuu.... shuh, shuh... kalau ada masa kita edit lagi.. hehehe..
ermm. dulu time skolah menengah ada kawan2 pesan.. ''jgn nyanyi lagu ulik mayang.. nanti ada hantu datang.. ko nak tau tak, bla..bla..bla.." (dah macam2 versi hantu ulik mayang dgr~) betul kew??
meh kita kaji.. ok... yg ni sedikit sebanyak info ulik mayang 'versi copy paste'
Ulit Mayang merupakan persembahan kesenian tradisional yang terdapat di beberapa buah kampung.
Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.
Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain.
Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.
Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang.
Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.
pastu ni lirik lagu dy plak...
ULIK MAYANG
Umbut mayang di umbut Umbut dengan jala-jemala Ulit mayang diulit Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong Puteri satu bersanggul sendeng Puteri satu bersubang gading Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut Ulit dengan jala-jemala Jika sambut mayang disambut Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggul sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut Ulit dengan jala-jemala Jika sambut mayang disambut Sambut dengan puterinya tiga
---
Ku tahu asal usul mu Yang darat balik ke darat Yang laut balik ke laut Nasi kuning hamba sermbahkan
Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala
sekian..
makna yg cukup mendalam tu.. tapi kalau kita tgk dari lirik.. ia menceritakan tentg puteri2.. dan mmg betul ttg unsur pemujaan dan unsur seruan... pada rangkap yg penghabisan..
mungkin tu agaknya kowt apa yg dipesan kawan.. ibarat macam kita seru dia dtg kat kita la... pastu ada la orang yg kena rasuk la.. histeria slpas mendendangkan n mempersembahkan lagu tu.. seram gak la.. dan misteri..
ok.. ini pula pendapat dari (jawatankuasa fatwa negeri Terengganu)
Ia boleh membawa kepada terpesongnya akidah Islamiah.Untuk memelihara kesuciannya maka perkara-perkara seperti ini hendaklah dielakkan dan ditinggalkan.
yup.. berdasarkan lirikss yg memuja dan beberapa info yg ringkas kat atas... skrang haniey dah tahu kenapa xleh nak dendangkan ulik myg.. & bukan sbb HANTU je...
kira-kira 3 bulan yang lepas, haniey ada bersembang2 ttg sesuatu yg menarik dgn seseorang. dia ialah k.fifah .. nak tahu kami bincang pasal pe?? ermm.. NOMBOR METAFIZIK... cam menarik an...??
kata k.fifah, setiap orang tu ada nombor metafizik masing2.. nombor metafizik? nombor ni terhasil dari angka tarikh lahir masing2..
dari nombor metafizik ni, korang bleyh tahu tentang diri sendiri, ataupown org lain.. especially tentang perwatakan & personaliti..
macam mana nak tau nombor metafizik korang..? skrang kuarkan kertas n kita main kira-kira... kira-kira budak skolah rendah je... ok..
cara2 nya seperti kat bawah:
1st.. tulis korangy tarikh lahir.. pastu cara kira: 2+4=6 1+0=1 1+9=10, 1+0=1 9+0=9 sebab tu la row kedua tu 6,1,1,9
pastu diteruskan lagi dgn 6+1=7 1+9=10, 1+0=1 sebab tu jugak row ketiga tu 7,1
aher sekali, 7+1=8 8
jadi lapan adalah no.metafizik haniey... korang cube la try n tgk apa hasil dy...=)
sedikit huraian ringkas ttg no ciri korang..
1. Anda Mempunyai Ciri-Ciri Kepimpinan. Kemungkinan Semasa Alam Persekolahan Atau Selepas Anda Dilantik Menjadi Ketua Atau Penolong Atau Dalam Persatuan. Kemungkinan Juga Anda Menolak Perlantikan Dalam Jawatan Tersebut.
2. Anda Punyai Komunikasi Atau Penyampaian Yang Baik. Suara Anda Kedengaran Lantang Dan Jelas. Mungkin Juga Anda Susah Atau Malu Nak Mula Bercakap Namun Apabila Sudah Mula Anda Kelihatan Mesra.
3. Pergerakan Anda Sangat Cepat Atau Lain Kata Anda Tidak Suka Bertangguh Dalam Sesuatu Perkara.
4. Anda Suka Merancang Dan Juga Anda Suka Kepada Ilmu Pengetahuan.
5. Anda Seorang Yang Punyai Prinsip Sendiri. Contoh Jika Anda Kata “A”, “A”Lah Jawapannya, Jika “B”, “B”Lah Jawabnya. Atau Anda Tidak Terus Membuat Keputusan Serta Merta Dan Anda Akan Fikir Dahulu Dan Jawapan Akan Diberi Kemudian.
6. Anda Mempunyai Sifat Kekeluargaan Atau Ambil Berat Tentang Keluarga. Ini Membuatkan Anda Bagus Dalam Perancangan Kewangan.
7. Anda Punyai Ramai Kawan Atau Mudah Mendapat Penyokong. Ini Membuatkan Hidup Anda Nampak Bertuah.
8. Anda Seorang Yang Bertanggungjawab Sama Ada Terhadap Keluarga Atau Kerjaya. Contoh Dalam Kerjaya Atau Persekolahan Jika Diberi Tugas Atau Kerja Rumah Anda Akan Selesaikannya Walaupun Memakan Masa.
9. Anda Suka Mengejar Kejayaan Atau Aset. Mungkin Juga Anda Memikirkan Perniagaan Yang Membawa Keuntungan.
kalau nak tahu, ada jugak orang cari waktu atau tarikh perkahwinan melalui kaedah metafizik... no telefon yg seswai, dan mcam2 lagi lah.. kalau x caya korang blehla google sendiri....
walaubagaimanapun kat sini,
Pendapat berdasarkan metafizik mungkin kelihatan seperti boleh diterima, TETAPI ia tidak pula dapat diuji dan disahkan. so, mungkin juga persamaan antara korang n ciri2 metafizik korang adalah kebetulan.. siapa tahu an...
so, korang try2 la main kira2 no metafizik korang.. selamat mencuba!!