ermm. dulu time skolah menengah ada kawan2 pesan..
''jgn nyanyi lagu ulik mayang..
nanti ada hantu datang.. ko nak tau tak, bla..bla..bla.."
(dah macam2 versi hantu ulik mayang dgr~)
betul kew??
meh kita kaji..
ok...
yg ni sedikit sebanyak info ulik mayang
'versi copy paste'
Ulit Mayang merupakan persembahan kesenian tradisional yang terdapat di beberapa buah kampung.
Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.
Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.
Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain.
Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.
Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik.
Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang.
Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.
pastu ni lirik lagu dy plak...
ULIK MAYANG
Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
---
Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sermbahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
sekian..
makna yg cukup mendalam tu..
tapi kalau kita tgk dari lirik..
ia menceritakan tentg puteri2..
dan mmg betul ttg unsur pemujaan dan unsur seruan...
pada rangkap yg penghabisan..
mungkin tu agaknya kowt apa yg dipesan kawan..
ibarat macam kita seru dia dtg kat kita la...
pastu ada la orang yg kena rasuk la..
histeria slpas mendendangkan n mempersembahkan lagu tu..
seram gak la.. dan misteri..
ok.. ini pula pendapat dari
(jawatankuasa fatwa negeri Terengganu)
Ia boleh membawa kepada terpesongnya akidah Islamiah. Untuk memelihara kesuciannya maka perkara-perkara seperti ini hendaklah dielakkan dan ditinggalkan.
yup.. berdasarkan lirikss yg memuja dan beberapa info yg ringkas kat atas...
skrang haniey dah tahu kenapa xleh nak dendangkan ulik myg..
& bukan sbb HANTU je...
ok la kengkawansss..
Au Revoir..
p/s: dapat nasi kuning pon sodap gakz..=P
No comments:
Post a Comment